fb fb fb fb fb

Pope, Erdogan bincang perang Israel-Hamas menerusi panggilan telefon

Kedua-duanya menekankan kepentingan penyelesaian konflik Hamas- Israel/ AFP

VATICAN CITY, 27 Oktober- Pope Francis berhubung dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengenai perang yang berlaku antara Hamas dan Israel dan menekankan kepentingan penyelesaian dua negara, kata Vatican.

Dalam satu kenyataan, ia berkata panggilan telefon itu telah diminta oleh Erdogan dan memberi tumpuan kepada "situasi dramatik di tanah suci".

"Pope menyatakan kesedihannya atas apa yang berlaku dan menyatakan harapan bahawa penyelesaian dua negara dan status istimewa untuk kota Baitulmaqdis dapat dicapai."

Sementara itu, Erdogan berkata dalam satu kenyataan bahawa semasa panggilan dengan Pope, beliau sekali lagi menyatakan bahawa serangan Israel ke atas Gaza telah "mencapai tahap pembunuhan beramai-ramai".

Tegasnya "kebisuan masyarakat antarabangsa mengenai apa yang berlaku adalah sesuatu yang memalukan".

Katanya, keamanan hanya dapat dicapai dengan penubuhan negara Palestin yang merdeka.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 7,028 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.

Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas berkata kira-kira 2,913 kanak-kanak dan 1,709 wanita antara yang terkorban dalam serangan berkenaan.

Jumlah kematian itu paling tinggi dicatat sejak konflik Israel-Palestin.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI