MOSCOW, 21 Disember-Bekas wartawan televisyen Rusia, Yekaterina Duntsova mengemukakan pencalonan bagi bertanding dalam pilihan raya presiden Rusia yang dijadualkan diadakan pada Mac depan.
Duntsova dilihat menyerahkan dokumen kepada pegawai di Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat untuk menyertai pilihan raya secara rasmi.
Bercakap kepada pemberita di sini, Duntsova berharap dapat mencabar Presiden Rusia, Vladmir Putin dan mempromosikan visi kemanusiaannya terhadap Rusia yang berteraskan keamanan dan kesediaan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak atas dasar hormat-menghormati antara satu sama lain.
Selain itu, penyertaannya sebagai calon juga dapat memberi inspirasi kepada para penyokongnya. Duntsova kini berdepan cabaran getir bagi mendapatkan 300,000 tandatangan sokongan pencalonan dari seluruh Rusia bagi melayakkannya menjadi calon bebas.
“Saya berharap sekurang-kurangnya didaftarkan sebagai calon.
"Tetapi, sudah tentu, mengumpul tandatangan adalah tugas yang sukar dan saya berharap orang ramai akan mengambil bahagian secara aktif', kata Duntsova.
Parlimen Rusia menetapkan 17 Mac sebagai tarikh pilihan raya Presiden negara itu sekali gus menjadikan putin semakin hampir mengekalkan kuasa buat penggal kelima.-REUTERS