fb fb fb fb fb

Pilihan raya presiden AS 2024, Biden pertahan jawatan

FOTO AFP

WASHINGTON, 12 April- Joe Biden mengesahkan untuk mempertahankan jawatannya pada Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2024.

Biden akan menjadi calon Parti Demokrat, bertanding bersama Naib Presiden, Kamala Harris.

Namun, beliau belum bersedia membuat pengumuman rasmi mengenainya.

Perkara itu disahkan Biden dalam satu temu ramah dengan stesen televisyen tempatan.

Penasihat White House dijangka membuat pengumuman mengenai kempen pemilihan semula Biden.

Biden, yang mencecah usia 80 tahun November depan sekali gus bakal menjadi presiden paling tua berkhidmat di White House.

Sementara itu, bagi Parti Republikan, bekas Presiden Donald Trump sudah menyatakan hasrat untuk bertanding semula.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu