fb fb fb fb fb

Draf perjanjian damai Arab Saudi dan Houthi, di peringkat akhir

FOTO AFP

SANAA, 12 April- Draf perjanjian damai bagi menamatkan peperangan di Yaman kini di peringkat akhir.

Delegasi Saudi dan Oman bertemu Ketua Majlis Politik Tertinggi Houthi, Mahdi Al-Mashat untuk membincangkan tentang penamatan ‘pengepungan’ dan ‘pencerobohan’.

Perbincangan juga termasuk isu menggaji pekerja awam bawah kawalan Houthi dengan hasil minyak dan gas dari tapak yang dikawal kerajaan Yaman.

Delegasi akan menyampaikan draf teks perjanjian damai yang diluluskan oleh kerajaan yang diiktiraf antarabangsa kepada Houthi.

Cadangan itu, yang dirangka Arab Saudi, mencadangkan untuk melanjutkan gencatan senjata yang diselenggara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selama enam bulan.

Perbincangan terus antara Houthi dan kerajaan Yaman bawah naungan PBB dengan tempoh peralihan selama dua tahun.

Dokumen itu juga mencadangkan penghapusan had ke atas lapangan terbang dan pelabuhan yang dikawal Houthi.

Ia termasuk memberi pampasan kepada pekerja awam di wilayah yang dikawal Houthi dan membuka jalan di Taiz dan wilayah lain.


(FOTO AFP)

Minggu lalu, Majlis Pimpinan Presiden Yaman menekankan bahawa sebarang perbincangan dengan Houthi harus menghasilkan perjanjian damai yang komprehensif dan berkekalan.

Rundingan dijadualkan bersambung sehingga Khamis.

Konflik di Yaman meletus pada akhir 2014 apabila pejuang Houthi yang disokong Iran menguasai beberapa bandar di utara dan memaksa kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi keluar dari ibu kota Sanaa.

Gabungan pimpinan Arab Saudi campur tangan dalam konflik untuk menyokong kerajaan Yaman pada 2015.

Sejak konflik memuncak pada 2015, berpuluh-puluh ribu orang terbunuh dan jutaan lagi hilang tempat tinggal.

Tahun ini, kira-kira 17 juta rakyat Yaman masih memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlu segera disalurkan.- AFP

Media Baharu