fb fb fb fb fb

Lebih sejuta jemaah umrah banjiri Mekah

FOTO AFP

RIYADH, 12 April- Lebih 1.3 juta jemaah umrah dan pengunjung berada di kota suci Mekah dan Madinah ketika ini.

Justeru, bagi memastikan kelancaran ibadah, semua prosedur pengurusan dipertingkat dengan beberapa perubahan besar dilakukan kerajaan Arab Saudi.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah berkata kementeriannya mempunyai sistem khas untuk memberi perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah.

Setakat ini, prosedur tersebut berjalan dengan baik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Haji dan Umrah Dewan Mekah, Abdullah Al-Qadi berkata sektor hotel dan penginapan di Mekah menyaksikan lonjakan pada musim Ramadan 2023.

Kadar penghunian hotel mencapai 80 peratus iaitu tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

Harga hotel juga menyaksikan peningkatan berikutan permintaan tinggi terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu