fb fb fb fb fb

Beijing dilanda ribut pasir, udara tercemar

FOTO REUTERS

BEIJING, 12 April- Ribut pasir yang melanda Beijing dan wilayah lain di utara China menjejaskan kira-kira 409 juta penduduk.

Indeks pencemaran udara Beijing mencatatkan skala 130 pada petang Isnin dengan skala 150 sudah dianggap "tidak sihat".

Ribut berkenaan mengurangkan jarak penglihatan kepada beberapa puluh meter.

Penduduk terpaksa memakai topeng KF94 dan parka tebal untuk melindungi diri daripada serangan habuk.

Ribut pasir dari selatan Mongolia itu kini melanda kawasan utara China termasuk Inner Mongolia, Heilongjiang dan Xinjiang yang menjejaskan kawasan seluas 2.29 juta kilometer persegi, menurut kementerian itu.

Menurut Pusat Cuaca, setakat tahun ini, utara China mengalami lebih banyak ribut pasir berbanding purata sejak sepuluh tahun yang lalu.

Beijing mempunyai ribut pasir yang kerap pada bulan Mac dan April kerana ia berhampiran gurun Gobi yang besar.

Banyak wilayah seperti Shaanxi, Anhui, Henan dan Hubei, Inner Mongolia dan metropolis Shanghai, akan terjejas akibat ribut pasir dan debu.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu