FOTO AFP
WASHINGTON, 26 Januari- Syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech memulakan ujian klinikal untuk menguji vaksin terbaharu keluarannya yang direka khas untuk membendung varian Omicron.
Ketua Penyelidikan Dan Pembangunan Vaksin Pfizer, Kathrin Jansen berkata, penyelidikan semasa dan data dunia sebenar menunjukkan dos penggalak terus menyediakan tahap perlindungan tinggi terhadap penyakit teruk dan kemasukan ke hospital akibat Omicron.
"Pfizer menyedari keperluan untuk bersedia sekiranya perlindungan vaksin berkurangan dari semasa ke semasa dan berpotensi membantu menangani Omicron dan varian baharu pada masa hadapan,
"Rejimen dua dos vaksin asal mereka mungkin tidak akan mencukupi terhadap jangkitan varian Omicron dan perlindungan terhadap kemasukan ke hospital dan kematian mungkin semakin berkurangan," katanya dalam satu kenyataan.
Ketika ini beberapa negara sudah memulakan pemberian dos penggalak.
Namun kajian terbaharu yang dijalankan di Israel menunjukkan suntikan dos keempat vaksin mRNA antibodi tidak mencukupi untuk mengawal penularan varian Omicron. -AFP