fb fb fb fb fb

Misi menyelamat mangsa kebakaran akibat letupan di bandar Athens

FOTO REUTERS

GREECE, 26 Januari- Satu letupan menyebabkan kebakaran sehingga merosakkan beberapa buah bangunan di tengah bandar Athens.

Seorang warga emas cedera manakala dua lagi mendapat rawatan akibat sesak nafas kerana terhidu asap.

Kejadian awal pagi itu berlaku lebih kurang 200 meter dari Kuil Olimpian Zues di kawasan sibuk Syrngrou Avenue.

Serpihan bertaburan di jalan raya sehari selepas ribut salji melanda kawasan ibu negara itu.

Anggota bomba menggunakan tangga tinggi untuk mencari mangsa yang mungkin terperangkap dalam bangunan.

Bomba kemudiannya memecah masuk ke bangunan yang rosak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Punca letupan masih disiasat dan menyebabkan lalu lintas di kawasan itu terhenti. -AFP

Media Baharu