fb fb fb fb fb

Penularan COVID-19 atas kapal jejaskan misi bantuan Tonga

FOTO AFP

TONGA, 26 Januari - Penularan COVID-19 dalam kapal perang Australia dilihat menjejaskan misi bantuan letusan gunung berapi Tonga .

Pihak berkuasa Canberra memaklumkan 23 kes COVID-19 dikesan dalam kalangan anak kapal, atas kapal perang HMAS Adelaide yang sedang menuju ke Nuku'alofa bersama bekalan bantuan.

Australia menerajui misi bantuan antarabangsa dengan menghantar bekalan air dan bantuan kemanusiaan secepat mungkin ke negara yang memiliki seramai 100 ribu penduduk itu.

Tonga adalah antara beberapa tempat di seluruh dunia yang masih bebas COVID-19 sehingga kini.

Menteri Pertahanan Australia Peter Dutton menegaskan misi bantuan itu tidak akan dibenarkan menjejaskan status berkenaan.

Menurut Dutton kapal itu akan kekal di laut pada ketika perbincangan dengan pihak berkuasa Tonga diadakan bagi memutuskan sama ada anak kapal akan cuba melaksanakan penghantaran bantuan tanpa sentuhan.

Selain Australia, misi bantuan kemanusiaan turut dilaksanakan oleh New Zealand, Perancis, Jepun dan China.

Letusan pada 15 Januari lalu itu mencetuskan tsunami dan menutup ruang udara Pasifik dengan debu toksik.

Media Baharu