fb fb fb fb fb

Belanda ambil risiko longgarkan sekatan COVID-19


FOTO REUTERS

AMSTERDAM, 27 Januari - Belanda melonggarkan sekatan COVID-19 bermula semalam.

Perdana Menteri, Mark Rutte menyatakan pihaknya mengambil risiko dengan melonggarkan sekatan COVID-19.

Peraturan baharu antara lain membenarkan kafe, bar dan restoran dibuka sehingga pukul 10 malam.

Peraturan baharu akan berkuat kuasa sehingga 8 Mac depan.

"Penduduk perlu menunjukkan bukti status vaksinasi atau diuji negatif COVID-19 sebelum memasuki tempat berkenaan," kata Mark Rutte kepada media.

Kelab malam pula akan kekal ditutup manakala kapasiti kehadiran pada acara sukan dan kebudayaan pula akan dihadkan kepada 1,250 orang.

"Setakat ini, beberapa tempat kunjungan ramai seperti restoran dan muzium ditutup sejak 18 Disember tahun lalu dalam usaha membendung penularan varian Omicron," tambahnya.

Di sebalik sekatan itu, kes COVID-19 di negara itu dilaporkan terus meningkat dengan kira-kira 60,000 kes direkodkan hampir setiap hari.

 

Media Baharu