Gambar EPA
MEXICO, 26 Januari- Demonstrasi dianjurkan pada Selasa di bandar-bandar di seluruh Mexico bagi membantah pembunuhan tiga wartawan dalam tempoh dua minggu ini.
Di bandar sempadan, Tijuana, dua wartawan dibunuh dalam tempoh seminggu.
Pada 17 Januari, jurugambar jenayah, Margarito Martines ditembak mati di luar rumahnya.
Dan pada 23 Januari, wartawan, Lourdes Maldonado Lopez ditemukan mati ditembak di dalam keretanya.
Ratusan orang berhimpun di depan ibu pejabat Menteri Dalam Negeri di Mexico City pada malam Selasa melaungkan perkataan "keadilan" dan mendesak kerajaan mangambil tindakan ke atas pembunuhan itu.
Sebagai sebahagian daripada demonstrasi, menyalakan lilin di pintu masuk kementerian dan imej wartawan yang dibunuh diletakkan di dinding bangunan.
Di Tijuana, lebih 200 orang berpakaian hitam berarak ke pejabat Pendakwaraya Negara dengan gambar Maldonado dan Martinez dilekatkan di pagar pejabat.
Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berjanji mereka yang bertanggungjawab dalam pembunuhan itu akan berdepan tindakan
Namun Timbalan Setiausaha Dalam Negeri, Alejandro Encinas berkata lebih daripada 90% kes pembunuhan wartawan dan pembela hak asasi masih tidak dapat diselesaikan, walaupun sistem kerajaan bertujuan untuk melindungi mereka.