fb fb fb fb fb

Angka korban bot karam Pulau Lampedusa di Itali meningkat


FOTO AFP

 ITALI, 26 Januari- Pihak berkuasa mengesahkan angka korban kini meningkat kepada 232 orang, susulan penemuan 38 lagi mayat dalam tragedi bot karam Pulau Lampedusa di Itali.

Mayat ditemui pasukan penyelam yang berjaya memasuki ke bahagian dalam bot pukat tunda berkenaan.

Difahamkan keadaan mayat ketika ditemui bertindah antara satu sama lain berikutan ruang dalaman bot yang sempit.

Misi terbabit dibantu sut menyelam khas bagi membolehkan anggota penyelamat menyelam lebih lama pada kedalaman 47 meter.

Menurut salah seorang mangsa yang terselamat bot pukat tunda sepanjang 18 meter itu membawa sekurang kurangnya 500 pelarian.

Mereka dilaporkan berada di tengah lautan, bersesak dalam bot kayu tanpa bumbung.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 122 ribu pelarian melarikan diri ke Eropah pada 2021 melalui Lautan Mediterannean.

Dianggarkan puluhan ribu pelarian dari Afrika dan Timur Tengah cuba merentasi laut mediterranean saban tahun untuk mengubah nasib di Eropah.

Bagaimanapun nyawa beratus daripadanya berakhir di laut. -AFP

Media Baharu