fb fb fb fb fb

Pertempuran etnik Manipur: 13 terbunuh dalam serangan bersenjata

FOTO FAIL AFP

GUWAHATI, 5 Disember- Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam pertempuran bersenjata di timur laut Manipur di India.

Pertempuran terbaru pada Isnin itu adalah susulan keganasan etnik meletus tujuh bulan lalu, kata seorang pegawai kerajaan dan media tempatan.

Sekurang-kurangnya 200 orang telah terbunuh di negeri Manipur sejak pertempuran tercetus pada Mei antara etnik Meitei yang kebanyakannya beragama Hindu dengan komuniti Kuki Kristian.

Seorang pegawai negeri mengesahkan kepada AFP, mayat ditemui di daerah Tengnoupal di Manipur, kawasan yang terletak berhampiran dengan sempadan Myanmar.

Polis negeri turut mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan jumlah kematian, kata Times of India pada Selasa.

Ketegangan yang berpanjangan antara kedua-dua komuniti berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan tanah dan pekerjaan awam, dengan aktivis hak asasi manusia menuduh pemimpin tempatan memburukkan lagi keadaan untuk kepentingan politik.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE