HEBRON, 5 Disember- Sekurang-kurangnya tiga remaja Palestin cedera akibat ditembak rejim zionis di bandar Bani Naim, timur Hebron di Tebing Barat.
Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), sumber keselamatan dan tempatan berkata tentera Israel melepaskan tembakan rambang ke arah penduduk berhampiran pintu masuk bandar di kawasan Wadi al-Joz.
"Seorang remaja berusia 14 tahun cedera di bahagian dada dan tangan akibat terkena peluru hidup itu.
"Dua lagi remaja cedera ringan akibat tembakan berkenaan," katanya.
Artikel Berkaitan:
Israel sengaja lengahkan kebenaran masuk bahan api ke Gaza
Tentera Israel menuju ke selatan Gaza
Angka korban di Gaza meningkat kepada 15,523 penduduk