AGAM, 5 Disember- Pihak berkuasa Indonesia pada Selasa berkata mereka telah menemukan lapan lagi mayat dari kawah Gunung Marapi manakala 10 orang lagi masih hilang, selepas gunung berapi itu meletus beberapa hari kebelakangan ini.
Lima mayat ditemukan semalam, menjadikan jumlah kematian akibat letusan itu kepada 13.
Gunung berapi setinggi 2,891 meter (9,485 kaki) itu memuntahkan abu setinggi 3 km (1.9 batu) ke langit pada Ahad.
Letusan Gunung Marapi itu adalah yang paling dahsyat sejak 1979 apabila letusan telah membunuh 60 orang.
Pihak berkuasa menaikkan amaran ke tahap kedua tertinggi dan melarang penduduk berada dalam lingkungan 3 km dari kawah.-REUTERS