KAGOSHIMA, 5 Disember- Tentera Udara AS mengumumkan mereka telah menemui lima anak kapal pesawat Osprey tentera AS yang terhempas minggu lalu di perairan Yakushima di barat daya Jepun.
Tentera Udara AS menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya turut menemui serpihan dan bahagian utama pesawat malang itu.
Pesawat itu membawa lapan kru udara ketika kemalangan itu berlaku pada 29 November.
"CV-22 Osprey sedang menjalankan misi latihan rutin pada masa kecelakaan", menurut kenyataan Tentera Udara AS.
Bagaimanapun, punca nahas masih dalam siasatan.-REUTERS