fb fb fb fb fb

Rejim zionis guna jentolak serang bandar Jenin

Foto AFP

JENIN, 5 Disember– Kediaman penduduk di bandar Jenin di Tebing Barat ketika ini dilapor sedang menerima serangan oleh rejim zionis.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), lebih 50 kenderaan tentera Israel menyerbu bandar tersebut.

Pasukan berkenaan yang membawa beberapa jentolak telah memusnahkan infrastruktur di sekitar Masjid Tawalbeh dan kawasan kejiranan al-Zahra serta merosakkan jalan-jalan ke kem pelarian.

Bekalan elektrik di bandar Jenin dilaporkan terputus akibat serangan berkenaan.

Tentera Israel juga turut menempatkan pasukannya di sekitar Hospital Kerajaan Jenin dan kawasan lain di bandar tersebut.

Artikel Berkaitan:
Tiga remaja Palestin ditembak di Tebing Barat
Pemuda Palestin ditembak tentera Israel berhampiran Ramallah
Tentera Israel menuju ke selatan Gaza


NIZAHA BINTI ABDUL KAREM