BAITULMAQDIS, 5 Disember- Puluhan peneroka Israel yang dilindungi ketat tentera menceroboh masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa ketika keganasan rejim zionis terhadap penduduk Palestin semakin meningkat.
Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), penduduk Palestin yang tiba dari Baitulmaqdis dikawal ketat rejim zionis, selain mereka perlu menunjukkan pengenalan diri sekiranya ingin memasuki masjid berkenaan.
Peneroka yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan memasuki tapak suci itu melalui Pintu Mughrabi dan melakukan provokasi di dalam masjid.
Mereka juga telah melakukan ritual keagamaan (Talmud) di bahagian timur masjid itu, sekali gus melanggar status quo Masjid Al-Aqsa yang menyatakan ia adalah tempat ibadah umat Islam.
Artikel Berkaitan:
Israel sengaja lengahkan kebenaran masuk bahan api ke Gaza
Israel terus serang tentera Hamas di seluruh Gaza
Tiga remaja Palestin ditembak di Tebing Barat