GAZA, 5 Disember- Sekurang-kurangnya 108 orang awam terkorban manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara oleh rejim zionis di sekitar Hospital Kamal Adwan di Kem Jabalia, Gaza.
Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), sumber perubatan berkata Israel telah menjatuhkan bom sekitar hospital itu.
"Hospital Kamal Adwan kini mengalami gangguan bekalan elektrik dan pasukan perubatan tidak dapat melakukan sebarang operasi pembedahan.
"Lebih 7,000 orang yang kehilangan tempat tinggal masih berlindung di hospital berkenaan," katanya.
Sumber perubatan turut memberi amaran tentang pembunuhan beramai-ramai yang mungkin dilakukan di dalam Hospital Kamal Adwan, seperti yang berlaku di hospital Indonesia dan Al-Shifa.
Tambahnya, hanya empat hospital beroperasi di utara Gaza dan kira-kira 55 ambulans tidak dapat digunakan.
Artikel Berkaitan:
12 orang di Hospital Indonesia dibunuh Israel hari ini
Israel mula sasar serangan sekitar hospital Indonesia di Gaza
Paparan video pemindahan pesakit hospital Al Shifa ke Hospital Eropah Gaza dikeluarkan
WHO suara kebimbangan terhadap nasib Ketua Hospital Al-Shifa yang ditahan Israel