MANILA, 5 Disember- Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan Manila, Filipina pada Selasa.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi kuat itu melanda Luzon pada pukul 4.23 petang pada kedalaman 77 kilometer (48 batu), kira-kira 94 kilometer barat daya Manila.
Gempa berkenaan tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa.
Jelas peronda, Mark Dacayanan, balai polisnya di pulau Lubang, barat daya pusat gempa bergegar kira-kira 10 saat.
"Semua anggota polis keluar dari balai terbabit. Kami risau, jika gegaran akan menjadi lebih kuat," kata Dacayanan kepada AFP.
Kejadian gempa bumi adalah perkara biasa di Filipina, yang terletak pada Lingkaran Api Pasifik, kawasan yang sering berlaku aktiviti seismik akibat pergeseran plat tektonik. - AFP