fb fb fb fb fb

Israel sengaja lengahkan kebenaran masuk bahan api ke Gaza

Situasi terkini di kem pelarian di Rafah / AFP

WASHINGTON, 5 Disember- Amerika Syarikat meminta Israel untuk membenarkan lebih banyak bahan api ke Semenanjung Gaza selepas tamat jeda dalam perang sekutunya dengan Hamas.

"Kerajaan Israel cuba melengah-lengahkan kebenaran masuk bahan api," kata jurucakap Jabatan Negara Matthew Miller kepada pemberita.

"Kami berbincang secara terus terang dengan mereka tentang keperluan bahan api untuk masuk ke kawasan itu dan menjangkakan beberapa bahan api akan masuk pada hari Jumaat," katanya.

"Kami turut menjangka bahan api tambahan akan dihantar pada Sabtu.

"Kami telah menjelaskan dengan jelas bahawa kami mahu melihatnya kembali bukan sahaja ke tahap bahan api yang masuk semasa jeda, tetapi sebenarnya lebih tinggi."-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE