fb fb fb fb fb

Bekas Presiden Mauritania dipenjara lima tahun

Mohamed Ould Abdel Aziz / AFP

NOUAKCHOTT, 5 Disember- Mahkamah di Nouakchott pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada bekas presiden Mohamed Ould Abdel Aziz kerana menyalahgunakan kedudukannya untuk mengumpul harta yang diperoleh secara haram.

Aziz telah dibicarakan sejak Januari lalu bersama 10 tokoh terkenal lain, termasuk dua bekas perdana menteri, kerana memperoleh kekayaaan secara haram, menyalahgunakan kedudukannya, menjaja pengaruh dan pengubahan wang haram.

Dia disabitkan dengan pengayaan haram dan pengubahan wang haram tetapi dibebaskan daripada tuduhan lain.

Mahkamah turut memerintahkan rampasan aset Aziz yang diperoleh secara haram.

Aziz, 66, tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penghakiman itu.

Dia telah ditahan sejak 24 Januari, dan menghabiskan beberapa bulan di penjara pada 2021.

Aziz memerintah Mauritania, antara tahun 2008 dan 2019.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE