fb fb fb fb fb

Pemuda Palestin ditembak tentera Israel berhampiran Ramallah

Pencerobohan tentera Israel di bandar Beitunia, barat Ramallah

RAMALLAH, Selasa, 29 November- Seorang pemuda Palestin ditembak dan mengalami kecederaan akibat tembakan tentera Israel semasa pencerobohan tentera Israel di bandar Beitunia, barat Ramallah.

Memetik laporan agensi berita Palestin WAFA, sumber tempatan memberitahu, tentera zionis bertindak menyerbu kawasan kejiranan berhampiran penjara tentera "Ofer" yang terletak di Beitunia, sehingga menyebabkan tercetusnya tunjuk perasaan. Tentera zionis bertindak menembak dan melepaskan gas pemedih mata.

Susulan kejadian, seorang pemuda Palestin cedera ditembak dan ratusan penduduk tempatan mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata. Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata pemuda itu telah dibawa ke hospital.

Ratusan rakyat Palestin dan keluarga tahanan berkumpul di hadapan penjara tentera Ofer untuk menyambut ahli keluarga yang dibebaskan Israel, yang merupakan kumpulan kelima tahanan wanita dan kanak-kanak yang terlibat dalam perjanjian gencatan senjata.

ROSLINA BINTI DIN