ISLAMABAD, 29 November - Beribu-ribu pelajar sekolah di Pakistan berhimpun menunjukkan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin.
Mereka mengangkat papan tanda dan melaungkan slogan pro-Palestin di ibu kota Islamabad.
Ketua Parti Politik Islam terbesar di Pakistan Sirajul Haq, yang menganjurkan perhimpunan itu berucap kepada para hadirin dan menyeru supaya memboikot barangan buatan Israel.
“Perhimpunan di Islamabad ini, membawa mesej bahawa Islamabad bersama anda. Kami tidak akan meninggalkan anda sendirian. Anda dalam doa kami. Matlamat perjuangan kita ini ialah penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka. Kami akan berdiri bersama menentang musuh. Kami akan memerangi kekejaman bersama-sama.” kata Sirajul Haq.
“Berjanjilah kepada saya bahawa tiada benda buatan Israel, buatan Zionis boleh memasuki rumah kita. Kami mengumumkan pemboikotan sepenuhnya terhadap semua barangan perkilangan Israel, semua perkara di mana penjualan itu akan menguntungkan Israel. Adakah anda akan melakukan boikot ini? Adakah kamu akan menjaga rumah kamu daripada perkara-perkara ini?” katanya lagi.
Israel melancarkan seranangannya dan membunuh lebih 14,000 penduduk Gaza telah, kira-kira 40% terdiri daripada kanak-kanak, menurut pihak berkuasa kesihatan di wilayah yang diperintah Hamas.