fb fb fb fb fb

Seorang pegawai polis Australia didakwa, akibatkan kematian nenek berusia 95 tahun

Foto Google

SYDNEY, 29 November- Seorang pegawai polis Australia didakwa melakukan pembunuhan pada Rabu, apabila menembak pistol perenjat elektrik (taser) terhadap seorang nenek berusia 95 tahun.

Warga emas itu dikenali sebagai Clare Nowland, dilaporkan meninggal dunia ketika di hospital.

Nowland merupakan pesakit demensia meninggal dunia pada Mei tahun ini, berikutan konfrontasi rumah jagaan dengan polis yang mengejutkan rakyat Australia sekali gus menjadi berita tergempar antarabangsa.

Dia didakwa ditembak dengan pistol itu ketika dia perlahan-lahan mendekati pegawai itu dengan alat bantuan berjalannya sambil mengacukan pisau stik di sebelah tangannya.

Polis berpangkat Konstabel kanan berusia 33 tahun itu dipanggil ke rumah jagaan orang tua, selepas Nowland menjadi gelisah pada awal pagi.

Polis bagaimanapun mendakwa bahawa dia telah memberi amaran untuk berhenti sebelum dia menembak taser kepada warga emas itu.

Polis sebelum ini mendakwa pegawai itu dengan pelbagai tuduhan menyerang, tetapi menambah pertuduhan pembunuhan yang lebih serius pada Rabu selepas bercakap dengan pendakwa raya.

Pegawai telah dipanggil ke rumah jagaan Yallambee Lodge di selatan New South Wales oleh kakitangan yang memberitahu mereka bahawa seorang wanita "bersenjata dengan pisau".

Nowland, mempunyai 24 cucu dan 31 cicit mengalami retak di bahagian tengkoraknya selepas jatuh ke tanah dan meninggal dunia di hospital seminggu kemudian.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM