fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza meningkat kepada 15,523 penduduk

Jenazah korban di Hospital al-Najjar di Gaza/AFP

GAZA, 4 Disember- Angka korban di Gaza sejak perang bermula pada 7 Oktober lalu telah meningkat kepada 15,523 orang, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Jurucakapnya, Ashraf al-Qudra berkata, 70 peratus kematian adalah wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, serangan zionis turut mencederakan 41,316 penduduk lagi.

"Dalam beberapa jam lalu (semalam), 316 mayat dan 664 penduduk cedera dikeluarkan dari runtuhan dan dibawa ke hospital, tetapi ramai lagi masih di bawah runtuhan," kata Qudra. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA