fb fb fb fb fb

47 maut, 85 cedera dalam tanah runtuh di Tanzania

FOTO REUTERS

DAR ES SALAAM, 4 Disember- Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dan 85 yang lain cedera dalam tanah runtuh akibat banjir di utara Tanzania dengan amaran angka terbabit boleh meningkat.

Sabtu lalu, hujan lebat melanda bandar Katesh, kira-kira 300 kilometer di utara ibu negara Dodoma.

"Sehingga petang ini (semalam), angka kematian mencecah 47 dan 85 cedera," kata Ratu Sendiga, pesuruhjaya wilayah di Manyara kepada media tempatan.

Presiden Samia Suluhu Hassan yang ketika ini berada di Dubai untuk persidangan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (COP28) menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga korban.

Beliau turut mengeluarkan arahan supaya usaha membantu dan menyelamatkan dipergiat pihak kerajaan.

"Saya telah mengarahkan semua sumber kerajaan untuk usaha mencari dan menyelamat bagi mengelak lebih banyak kematian. Saya juga telah mengarahkan semua agensi pertahanan dan keselamatan ke tempat kejadian dan Kementerian Kesihatan untuk membantu mereka yang cedera.

"Kementerian Perlombongan juga akan menilai kawasan terlibat di mana gunung-gunung telah menunjukkan tanda-tanda runtuh," katanya. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA