NEW YORK, 4 Disember- Seorang lelaki yang menikam empat ahli keluarganya menggunakan pisau stik hingga terbunuh di sebuah rumah di kejiranan Far Rockaway di Queens, dekat sini, telah mati ditembak polis.
Menurut Jabatan Polis New York City, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian menerusi panggilan telefon daripada seorang gadis pada awal Ahad lalu.
Sebaik polis tiba, suspek, Courtney Gordon, 38, bertindak agresif dengan menikam dua pegawai polis sebelum salah seorang pegawai melepaskan tembakan ke arah suspek.
Dua pegawai terbabit dibawa ke hospital dan dijangka pulih tidak lama lagi.
Laporan awal pula mendapati suspek sebelum ini pernah ditahan atas kes keganasan rumah tangga.
Polis berkata, tiga mangsa yang ditemukan mati dalam bilik tidur adalah seorang wanita, 44, seorang lelaki, 33 dan kanak-kanak lelaki, 12.
Sementara itu, seorang lagi mangsa melibatkan kanak-kanak perempuan, 11, ditemukan mati di hadapan rumah. -Reuters