fb fb fb fb fb

Pesawat terhempas di Filipina disewa tentera AS

FOTO REUTERS

MANILA, 6 Februari- Pesawat kecil yang terhempas di sebuah ladang di selatan Filipina yang meragut empat nyawa serta mencederakan seekor kerbau hari ini disahkan pesawat yang disewa atau dikontrak secara rasmi oleh tentera Amerika Syarikat (AS).

Tentera Filipina dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa nahas di Pulau Mindanao diklasifikasikan sebagai sulit dan siasatan masih dijalankan.

Kedutaan Amerika Syarikat juga mengesahkan pesawat berkenaan dikontrak oleh tentera negara itu tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.

Pesawat jenis Beechcraft Super King Air B300 dengan nombor pendaftaran N349CA itu dikenal pasti sebagai milik syarikat pertahanan Metrea, menurut data laman web penjejakan penerbangan FlightAware.

Metrea dalam laman web rasminya menyatakan syarikat itu sebagai "penyedia utama perkhidmatan keselamatan nasional merentasi pelbagai bidang dan lebih sedozen misi."

Jurucakap polis wilayah, Jopy Ventura berkata punca nahas masih dalam siasatan dan identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

Pasukan keselamatan telah dikerahkan ke lokasi bagi mengelakkan gangguan terhadap bukti.

Sementara itu, penyelamat perbandaran Rhea Martin memaklumkan kesemua mayat ditemui berdekatan bangkai pesawat yang terbelah dua. -AFP

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA