fb fb fb fb fb

Ukraine sedia buka laluan di sempadan Rusia

Sebuah pusat beli-belah di Kharkhiv musnah akibat seranga/ AFP

KIEV, 7 Februari- Ukraine bersedia untuk membuka laluan untuk membenarkan ratusan orang awam Rusia yang tinggal di kawasan sempadannya kembali ke wilayah masing-masing, sekiranya Moscow mahu perkara itu berlaku.

Lebih 1,500 orang awam masih tinggal di wilayah Kursk barat Rusia yang dirampas tentera Ukraine dalam serangan rentas sempadan pada Ogos.

Sejak itu hubungan kedua-dua negara semakin meningkat dalam kalangan mereka akibat terputus hubungan dengan ahli keluarga dipercayai terperangkap tanpa komunikasi di sempadan.

"Kami bersedia untuk membuka laluan dari wilayah Kursk ke pedalaman Rusia sebagai tindak balas kepada permintaan rasmi Persekutuan Rusia.

"Nampaknya, Rusia tidak mahu laluan seperti itu, kerana kami tidak menerima permintaan sepadan daripada mereka," menurut pejabat Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dalam satu kenyataan kepada AFP sambil menuduh Moscow "tidak peduli" terhadap nasib rakyatnya sendiri.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI