fb fb fb fb fb

Pesawat tentera Jepun terhempas, usaha menyelamat sedang dilakukan

(Objek yang terapung di kawasan nahas, berhampiran Miyakojima/REUTERS)

TOKYO, 7 April- Usaha menyelamat sedang dijalankan untuk mencari mangsa yang terlibat selepas sebuah helikopter tentera yang membawa 10 orang penumpang terhempas di perairan wilayah barat daya Okinawa, berhampiran Miyakojima.

Ketua pasukan Tentera Darat Jepun (GSDF), Jeneral Yasunori Morishita berkata pesawat tentera UH60, dikenali sebagai Black Hawk, hilang daripada radar selepas meninggalkan pangkalan GSDF di Miyakojima.

Beliau berkata pesawat tersebut sedang melakukan rondaan di perairan sekitar Miyakojima semasa misi peninjauan udara.


(Ketua Tentera Darat Jepun (GSDF), Jeneral Yasunori Morishita/REUTERS)

Kapal tentera laut China yang melakukan perjalanan ke Lautan Pasifik dari Laut China Timur sering melalui dekat dengan Miyakojima, yang telah menjadi tempat pelancar peluru berpandu GSDF sejak 2019.

Beberapa hari lalu, sekurang-kurangnya tiga buah kapal kapal perang China telah belayar melepasi pulau tersebut, selepas pertemuan antara Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dan Speaker Dewan A.S. Kevin McCarthy.

Bagaimanapun, Morishita tidak menyatakan sama ada helikopter itu terlibat dalam mengesan sebarang aktiviti ketenteraan China.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida menerusi siaran televisyen NHK berkata menyelamatkan mangsa yang terlibat adalah menjadi keutamaannya.

Pengawal Pantai Jepun dan kapal dan pesawat tentera yang menemui serpihan pesawat di perairan tersebut sedang mencari empat anak kapal dan enam penumpang yang hilang.

Antara yang terlibat, Komander Kanan GSDF, Yuichi Sakamoto.-REUTERS

Media Baharu