fb fb fb fb fb

Pesawat Osprey terhempas, lima mayat anak kapal ditemukan

Objek dipercayaai milik pesawat tentera AS V-22 Osprey dikumpulkan di pelabuhan Anbo, Pulau Yakushima/REUTERS

TOKYO, 4 Disember- Mayat lima anak kapal ditemukan selepas pesawat Osprey tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di barat Jepun pada Rabu, kata Komando Operasi Khas Tentera Udara AS.

Minggu lalu, mayat seorang anak kapal ditemukan manakala dua anak kapal lagi ditemukan pada Isnin.

Bagaimanapun identiti mereka masih belum dapat ditentukan, katanya dalam satu kenyataan.

Pesawat itu telah membawa seramai lapan anak kapal.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI