VIENNA, 26 November- Empat orang maut selepas sebuah pesawat terhempas di barat Austria, kata polis.
Pesawat itu terhempas berhampiran perkampungan 'Gruenau im Almtal' di wilayah Upper Austria iaitu kawasan peranginan ski .
Operasi mencari secara besar-besaran telah dilancarkan selepas serpihan pesawat ditemui di kawasan pergunungan.
Operasi turut menjadi sukar kerana salji lebat.
Polis berkata, kertas siasatan telah dibuka susulan kemalangan tersebut, dengan punca nahas serta destinasi akhir penerbangan masih belum diketahui.
Identiti keempat-empat mangsa belum dapat dikenal pasti.
Menurut laman web Rangkaian Keselamatan Penerbangan, pesawat Rockwell Commander 112B berenjin tunggal telah berlepas dari lapangan terbang Pribram di Republik Czech dan sedang dalam perjalanan ke Medulin di Croatia, lapor agensi berita Austria APA.-AFP