fb fb fb fb fb

Pesawat kargo terhempas berhampiran bandar Kavala di utara Greece

(Bomba dan pasukan penyelamat dilihat di lokasi nahas pesawat kargo Antonov An-12 milik
syarikat Ukraine, berhampiran Kavala, Greece, 16 Julai 2022/REUTERS)


ATHENS, 17 Julai- Sebuah pesawat kargo dengan lapan orang di dalamnya terhempas berhampiran bandar Kavala di utara Greece lewat Sabtu,menurut pasukan bomba dan penyelamat negeri.

Televisyen tempatan ERT melaporkan bahawa pesawat itu adalah 'Antonov An-12' dimiliki oleh sebuah syarikat Ukraine, yang terbang dari Serbia ke Jordan.

Juruterbang telah meminta pendaratan kecemasan kerana mengalami masalah enjin sebelum isyarat pesawat kemudiannya hilang dan gagal dikesan.

Rakaman video yang dimuat naik di 'ertnews.gr' menunjukkan pesawat yang dilaporkan terbakar itu menjunam dengan pantas dan meletup sebelum jatuh ke daratan

Bomba masih belum dapat mengesahkan jenis pesawat tetapi laporan awal mengesahkan terdapat lapan orang di dalam penerbangan membawa barangan itu.

Dalam satu kenyataan pihak bomba memaklumkan telah mengerahkan 15 anggota penyelamat bersama tujuh jentera untuk memadamkan kebakaran yang berlaku selepas kemalangan itu.

Lebih ramai penyelamat sedang dikerahkan ke tempat kejadian.

(Ambulans kelihatan di lokasi nahas pesawat kargo Antonov An-12 milik syarikat Ukraine,
berhampiran Kavala, Greece, 16 Julai 2022/REUTERS)


Tidak dapat dipastikan dengan tepat butiran penerbangan yang dikatakan sebagai pesawat jenis kargo, namun unit tindak balas bencana khas sedang giat menjalankan siasatan terperinci di tempat kejadian.

“Kami menjalankan siasatan mendalam dan sedang mengumpulkan semua maklumat secara terperinci dengan mengambil langkah berwaspada terhadap muatan sebenar yang didakwa berbahaya  dibawa pesawat berkenaan selain berjaga-jaga kemungkinan letupan susulan di kawasan pesawat terhempas, menurut pihak bomba. -REUTERS

Media Baharu