MANILA, 17 Julai - Filipina berhasrat meneruskan kembali projek kereta api yang bernilai AS$4.9 bilion dengan China.
Perkara itu disuarakan Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Timbalan Setiausaha Pengangkutan, Cesar Chavez berkata Kementerian Pengangkutan kini bertanggungjawab mengadakan semula rundingan termasuk perjanjian pinjaman.
Jelas beliau, bantuan pinjaman untuk tiga projek itu sebelum ini dihentikan selepas China gagal bertindak atas tuntutan pembiayaan yang dibuat kerajaan terdahulu.
Menurut Chavez, pilihan pembiayaan lain juga sedang dipertimbangkan.
Termasuk memanfaatkan modal swasta melalui perkongsian awam swasta.-REUTERS