fb fb fb fb fb

Pesawat berpatah balik angkara penumpang tidak patuh SOP

FOTO AFP



WASHINGTON, 21 Januari- Sebuah pesawat milik American Airlines dalam penerbangan dari Miami ke London berpatah balik gara-gara penumpang enggan memakai pelitup muka.

Menurut satu kenyataan dari syarikat penerbangan itu, penerbangan 38 American Airlines dari Miami ke London kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miami kerana terdapat penumpang yang enggan mengenakan pelitup muka.

Setibanya pesawat Boeing 777 yang membawa 129 penumpang dan 14 anak kapal itu mendarat di Miami, Polis mengiringi penumpang itu keluar dari pesawat tanpa sebarang insiden.

American Airlines berkata, sementara menunggu siasatan lanjut, penumpang tersebut telah diletakkan dalam senarai orang yang dilarang terbang bersama syarikat penerbangan itu.

Januari tahun lalu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan menyatakan komitmen untuk mengamalkan dasar toleransi sifar terhadapĀ sesiapa yang menolak peraturan persekutuan mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam penerbangan domestik AS.

Ini berlaku apabila ada pramugari melaporkan insiden penderaan lisan dan fizikal daripada pelancong yang enggan memakai pelitup muka.- AFP

Media Baharu