fb fb fb fb fb

Daesh serang penjara Ghwayran, bebaskan pemberontak

FOTO AFP



BEIRUT, 21 Januari- Kumpulan pengganas Daesh menyerang penjara yang dikendalikan Kurdish di timur laut Syria pada Khamis, dan membebaskan rakan seperjuangan mereka.

Begitupun, jumlah tahanan yang dilarikan tidak dapat dipastikan.

Pasukan Demokratik Syria yang diketuai Kurdish mengesahkan serangan itu dalam satu kenyataan tetapi tidak menyebut mana-mana tahanan yang melarikan diri.

Menurut Ketua Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria, Rami Abdul Rahman yang berpangkalan di Britain, sebuah bom kereta mengenai pintu masuk penjara Ghwayran dan letupan kedua berlaku di kawasan berhampiran sebelum pejuang Daesh menyerang pasukan keselamatan Kurdish yang mengawal fasiliti tersebut.

"Ghwayran adalah salah satu kemudahan terbesar menempatkan pejuang IS di wilayah separa autonomi yang dikawal oleh pihak berkuasa Kurdish di timur laut Syria," kata Rami kepada AFP.

Media Baharu