fb fb fb fb fb

Tangki simpanan Gas Khor Mor jadi sasaran serangan roket

FOTO REUTERS

KURDISTAN, 28 November – Satu serangan roket dilaporkan mengenai tangki simpanan gas terbesar di Khor Mor, wilayah Kurdistan, pada Rabu, menurut kenyataan pengendali Dana Gas.

Dana Gas memaklumkan serangan itu mengenai sebuah tangki simpanan cecair di fasiliti Khor Mor, yang merupakan sebahagian daripada fasiliti baharu sebahagiannya dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS) dan dibina oleh kontraktor AS.

Fasiliti baharu ini dipasang sebagai sebahagian daripada projek KM250, yang meningkatkan kapasiti pengeluaran medan tersebut sebanyak 50%, menurut Dana Gas dan rakan kongsinya, Crescent Petroleum, pada Oktober.

Serangan berkenaan menyebabkan operasi pengeluaran dihentikan sementara, selain menimbulkan gangguan bekalan elektrik di wilayah itu. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan roket itu.

Insiden ini adalah yang terbaharu sejak serangan dron pada Julai lalu, yang menjejaskan beberapa medan minyak dan mengurangkan pengeluaran gas kira-kira 150,000 tong sehari.

Serangan terhadap medan minyak di Kurdistan bukan perkara baharu dan kerap mengganggu bekalan, dengan Kerajaan Wilayah Kurdistan (KRG) menyifatkan kumpulan pemberontak yang disokong Iran sebagai pihak yang kemungkinan besar bertanggungjawab.

Serangan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap kepentingan Amerika Syarikat di wilayah berkenaan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD