fb fb fb fb fb

40 terkorban, 21 hilang akibat banjir dan tanah runtuh di Sri Lanka

FOTO REUTERS

COLOMBO, 27 November - Sekurang-kurangnya 40 orang terkorban manakala 10 yang lain cedera selepas banjir dan tanah runtuh melanda Sri Lanka minggu ini.

Pihak berkuasa Sri Lanka turut melaporkan 21 mangsa masih hilang

Menurut kenyataan Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu, sebahagian besar kematian berlaku di daerah penanaman teh di Badulla.

21 orang mangsa tertimbus hidup-hidup selepas lereng bukit runtuh menimpa rumah mereka pada waktu malam.

Manakala, empat lagi mangsa turut maut dalam insiden sama di Nuwara Eliya.

Lebih 425 rumah rosak akibat runtuhan lumpur, dengan hampir 1,800 keluarga dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

Dalam pada itu, DMC memaklumkan paras sungai di seluruh negara sedang meningkat dan memberi amaran kepada penduduk di kawasan rendah supaya segera berpindah ke tempat lebih tinggi.

Sri Lanka dijangka menerima lebih 100 milimeter hujan, manakala beberapa kawasan di timur laut diramal menerima sehingga 250 milimeter pada Khamis.

Jumlah korban cuaca buruk minggu ini adalah yang tertinggi sejak Jun tahun lalu, apabila 26 orang maut akibat hujan lebat.

Pada Disember pula, 17 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh. - AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD