HONG KONG, 28 November - Kebakaran dahsyat di Kompleks Perumahan Wang Fuk Court, Hong Kong, meragut sekurang-kurangnya 94 nyawa dan menyebabkan ratusan lagi masih hilang.
Kejadian itu menjadikan insiden itu, tragedi paling buruk di bandar tersebut dalam tempoh 80 tahun.
Kebakaran yang bermula awal pagi Jumaat itu memusnahkan kompleks lapan menara yang menempatkan lebih 4,600 penghuni, ketika kerja pengubahsuaian bangunan sedang dijalankan.
Pihak bomba menjangka operasi mencari dan menyelamat akan ditamatkan pada 9:00 pagi waktu tempatan.
Namun penduduk masih berharap menemui lebih ramai mangsa yang terselamat.
Seorang penduduk berkata sehingga kini dia gagal menghubungi rakan sekerjanya sejak kebakaran berlaku.
Setakat ini, 279 orang dilaporkan hilang dan 25 panggilan kecemasan masih belum dapat dipastikan, termasuk tiga panggilan terbaharu yang kini diberi keutamaan dalam operasi pencarian. - REUTERS