fb fb fb fb fb

Pesawat bawa aktivis GSF tiba Istanbul

Foto REUTERS

ISTANBUL, 4 Oktober – Sebuah pesawat membawa aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan Israel di perairan antarabangsa selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada Sabtu.

Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Ramon di Eilat, Israel itu tiba pada pukul 3.50 petang waktu tempatan, lapor Anadolu Ajansi.

Seramai 137 peserta flotila, termasuk 36 warga Turkiye dan 23 rakyat Malaysia, tiba di Istanbul menerusi penerbangan berkenaan.

Ketibaan mereka disambut oleh pegawai serta orang ramai di lapangan terbang.

Selain warga Turkiye dan Malaysia, penerbangan itu turut membawa penumpang dari Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Algeria, Maghribi, Itali, Kuwait, Libya, Mauritania, Switzerland, Tunisia dan Jordan. -BERNAMA-ANADOLU

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM