fb fb fb fb fb

Pesawat tentera AS terhempas di selatan California

LOS ANGELES, 9 Jun- Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa lima tentera marin terhempas di selatan California.

Pesawat itu dikenal pasti sebagai MV-22B Osprey yang berpangkalan di Stesen Udara Kor Marin Kem Pendleton.

Menurut seorang jurucakap, nasib kesemua anak kapal masih belum diketahui.

Pihak tentera menafikan laporan bahawa pesawat berkenaan membawa bahan radioaktif ketika ia jatuh berhampiran Glamis, hanya 35 kilometer dari sempadan Mexico.

“Kami boleh mengesahkan bahawa sebuah pesawat milik 3d Marine Aircraft Wing terhempas berhampiran Glamis.

Lima tentera marin berada di dalam pesawat dan kami sedang menunggu pengesahan mengenai status semua anak kapal,” kata seorang jurucakap kepada AFP.

(Foto hiasan)

Osprey adalah sejenis pesawat dilengkapi sayap berputar yang boleh diarahkan ke atas atau ke hadapan membolehkannya berlepas dan mendarat secara menegak .

Nahas membabitkan pesawat berkenaan telah beberapa kali berlaku termasuk insiden di Norway pada Mac yang menyebabkan empat anggota marin terkorban.

Media Baharu