fb fb fb fb fb

Lebih 1,000 kes cacar monyet di 29 negara bukan endemik- WHO

GENEVA, 9 Jun- Risiko penularan penyakit cacar monyet di negara bukan endemik semakin nyata.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, setakat ini, lebih 1,000 kes telah disahkan di 29 negara bukan endemik.

Bagaimanapun, WHO tidak menyarankan pemberian vaksin secara besar-besaran bagi mengekang penularan virus itu.


(Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus/AFP)

"Setakat ini, tiada kematian dilaporkan di negara-negara ini. kebanyakan kes dilaporkan dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

"Bagaimanapun, sesetengah negara kini mula melaporkan kes penularan komuniti yang jelas, termasuk beberapa kes pada wanita", katanya.

Wujud kebimbangan mengenai jangkitan dalam kalangan kumpulan rentan, termasuk wanita hamil dan kanak-kanak.

"Kemunculan cacar monyet secara tiba-tiba dan tidak dijangka di luar negara endemik menunjukkan bahawa mungkin terdapat penularan yang tidak dapat dikesan untuk beberapa lama, tetapi tidak diketahui berapa lama", katanya.

Satu kes cacar monyet di negara bukan endemik dianggap sebagai wabak.

Katanya, situasi itu jelas membimbangkan. Virus tersebut telah tersebar dan membunuh di Afrika selama beberapa dekad dengan lebih 1,400 kes yang disyaki cacar monyet dan 66 kematian dilaporkan setakat tahun ini.-AFP

Media Baharu