fb fb fb fb fb

Pekerja WHO ditembak mati di Myanmar

(Foto hiasan)

YANGON, 9 Jun- Seorang pemandu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Myanmar telah ditembak mati, kata majikannya, sambil menambah bahawa keadaan pembunuhan itu masih belum jelas.

Myo Min Htut ditembak ketika menunggang motosikalnya pulang ke rumah selepas bekerja di Perbandaran Mawlamyine di negeri Mon malam tadi, kata WHO dalam satu kenyataan.

"Kami semua sangat sedih dengan kematian tragisnya dan mengucapkan takziah kepada keluarga rakan sekerja kami," kata WHO di Facebook.

Siri pertempuran maut telah memusnahkan sebahagian besar Myanmar sejak tentera negara itu melakukan rampasan kuasa pada Februari 2021.

(Pekerja WHO ditembak mati di Myanmar/failĀ REUTERS)

Hampir 2,000 orang awam telah terkorban dalam tindakan keras pihak tentera terhadap golongan penentang junta, menurut kumpulan pemantau tempatan.

Myo Min Htut berkhidmat sebagai pemandu selama hampir lima tahun, kata organisasi itu.

Pada malam Krismas 2021, dua kakitangan kumpulan bantuan antarabangsa 'Save the Children' maut dalam insiden pembunuhan beramai-ramai lebih 30 individu yang dituduh memusuhi junta Myanmar.

Mayat mereka yang terbakar ditemukan di lebuh raya di negeri Kayah, timur Myanmar.-AFP

Media Baharu