fb fb fb fb fb

Pesakit di Indonesia bakar hospital

FOTO REUTERS

SULAWESI SELATAN, 27 Ogos- Seorang pesakit yang mengalami gangguan mental di Indonesia didakwa telah membakar sebuah hospital di Tana Toraja di sini.

Rakaman menunjukkan salah sebuah bilik rawatan di Hospital Umum Daerah Lakipadada hampir terbakar sepenuhnya dalam kejadian pada 16 Ogos.

Kakitangan hospital bertindak pantas memadamkan api sebelum ia merebak ke bilik lain.

Namun ia menimbulkan suasana panik dalam kalangan pesakit yang ditempatkan dalam bilik tersebut dengan penjaga mereka menjadi histeria.

Keluarga pesakit kemudian berjaya membuka pintu bilik tepat pada masanya bagi menyelamatkan kesemua mangsa.

Bagaimanapun seorang pesakit mengalami kecederaan terbakar dan dirawat di unit kecemasan hospital.

Pesakit berstatus ODGJ (Orang Dengan Gangguan Jiwa) itu disyaki membakar pakaian dan tilamnya hingga menyebabkan bilik tersebut terbakar.

Pengurusan hospital turut mengeluarkan notis kepada keluarga pesakit agar tidak memberikan rokok secara sembunyi bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berlaku lagi. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA