KAHERAH, 30 November- Perunding Mesir dan Qatar mendesak untul pelanjutan dua hari lagi gencatan senjata di Gaza dengan lebih banyak pembebasan banduan dan peningkatan dalam penyampaian bantuan kemanusiaan, satu kenyataan daripada badan media negara Mesir.
Usaha itu disusuli lanjutan gencatan senjata untuk hari ketujuh pada Khamis.
Ketua perkhidmatan maklumat negara Mesir, Diaa Rashwan, berkata dalam satu kenyataan, lanjutan itu termasuk pembebasan 10 warga Israel dan 30 tahanan Palestin, serta pemberian bantuan kemanusiaan dalam tempoh enam hari sebelumnya.
"Mesir akan terus melakukan usaha terbaik untuk memastikan bantuan kemanusiaan berterusan ke utara dan selatan Gaza," kata kenyataan itu.- REUTERS