fb fb fb fb fb

13 maut dalam kebakaran asrama di Kazakhstan

Pasukan keselamatan di tapak kebakaran di sebuah asrama di Almaty, Kazakhstan/REUTERS

ALMATY, 30 November- 13 orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di bandar terbesar Kazakhstan, Almaty, kata jabatan kecemasan bandar itu dalam satu kenyataan.

Sembilan mangsa adalah warga Kazakhstan, dua orang dari Rusia dan dua lagi dari Uzbekistan, kata polis Almaty.

Kebakaran berlaku pada awal pagi di sebuah bangunan tiga tingkat aras tanah dan tingkat bawah tanahnya dihuni 72 penghuni asrama. Mangsa maut akibat keracunan karbon monoksida, manakala baki 59 lagi berjaya meninggalkan bangunan itu.

Memetik laporan pihak berkuasa, empat orang mendapatkan bantuan perubatan, termasuk seorang pelajar dari India, Zakon.

Bagaimanapaun punca kebakaran masih tidak dapat dipastikab. Kerajaan berkata ia telah menubuhkan satu suruhanjaya khas untuk menyiasat kejadian itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI