fb fb fb fb fb

17 tebusan warga Thailand tiba

Kumpulan pertama warga Thailand yang dibebaskan oleh Hamas tiba/REUTERS

BANGKOK, 30 November- Sekumpulan 17 warga Thailand yang dijadikan tebusan oleh Hamas di Gaza tiba di lapangan terbang Bangkok pada Khamis, kata kementerian luar Thailand kepada pemberita.

Seramai 23 tebusan Thailand dibebaskan di Gaza, manakala sembilan yang lain masih dalam tahanan.

Menurut kerajaan Thailand, warganya telah diculik ketika serangan yang dilkakukan oleh Israel pada 7 Oktober.

Sebelum perang, kira-kira 30,000 buruh warga Thailand bekerja dalam sektor pertanian. Kumpulan itu merupakan salah satu kumpulan pekerja asing terbesar di Israel.

Setakat ini, 9,000 warga Thailand telah dihantar pulang.

Kesemua ahli keluarga menunggu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok untuk menyambut ketibaan mereka.

Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin percaya bahawa gencatan senjata yang dilanjutkan adalah petanda baik dan berharap semua tebusan termasuk tebusan Thailand akan dibebaskan, kata kerajaan dalam satu kenyataan Khamis.

Pekerja asing Thailand bekerja di Israel bagi mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

Kementerian Luar Thailand Parnpree Bahiddha-Nukara berkata beliau mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya di beberapa negara Timur Tengah dengan kenalan Hamas. Parnpree sebelum ini berada di Kaherah dan Doha untuk berbincang.

Kumpulan Muslim Thai yang mengadakan perbincangan langsung dengan Hamas berkata usaha itu penting bagi memastikan pembebasan awal tebusan Thailand. Pada hari pertama gencatan senjata, sepuluh tebusan warga Thailand dibebaskan tanpa syarat.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI