fb fb fb fb fb

Elak lawat China kerana penyakit pernafasan - Taiwan

Orang ramai menunggu giliran di luar hospital kanak-kanak di Beijing, China/REUTERS

TAIPEI, 30 November- Kementerian Kesihatan Taiwan menggesa warga emas, golongan muda dan mereka yang mempunyai imuniti lemah supaya mengelak dari berkunjung ke China berikutan peningkatan penyakit pernafasan.

Ia sebagai satu langkah bagi menguruskan risiko kesihatan awam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu meminta China memberikan maklumat terperinci mengenai perkara tersebut.

Menurut seorang pegawai WHO, angka itu tidak setinggi sebelum wabak COVID-19 dan tiada patogen luar biasa atau baru telah dikesan.

Taiwan berhati-hati dengan wabak penyakit di negara China sejak wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang bermula di negara itu dan membunuh hampir 800 orang di seluruh dunia pada 2002-2003.

Menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan Taiwan, berlaku peningkatan penyakit pernafasan di China.

Ia menyerang golongan warga emas, kanak-kanak dan kumpulan yang mempunyai imuniti lemah. Bagaimanapun golongan itu diminta untuk tidak pergi ke China, Hong Kong dan Macau.

Sekiranya perlu melakukan perjalanan, maka orang ramai harus mendapatkan vaksin selesema dan COVID-19, tambahnya.

Pakar epidemiologi di Yayasan Kesihatan dan Pembangunan Lestari di Taipei Shu-Ti Chiou berkata, nasihat itu menyebabkan orang ramai beranggapan mereka tidak akan dijangkiti sekiranya mereka tidak pergi ke China.

Ahli epidemiologi dan profesor kesihatan masyarakat di Universiti Jawaharlal Nehru di New Delhi Rajib Dasgupta berkata, "sekatan perjalanan untuk jangkitan pernafasan bukanlah langkah berkesan."

Beberapa penyelidik kesihatan awam turut berpendapat nasihat perjalanan itu munasabah dilakukan dengan mengatakan Taiwan juga berkemungkinan mengalami lonjakan penyakit pernafasan pada musim sejuk dan berikutan penarikan sekatan pandemik.

"Mereka akan lebih berhati-hati untuk melakukan perjalanan ke luar negara," kata Sung-il Cho, ahli epidemiologi di Universiti Nasional Seoul.

Menteri Luar China Wang Yi berkata, peningkatan penyakit pernafasan di China adalah isu biasa yang dihadapi oleh kebanyakan negara dan pihak berkuasa China mengawalnya dengan berkesan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI