fb fb fb fb fb

Perubahan iklim mendorong lonjakan kes denggi, chikungunya: WHO

(Foto fail AFP)

GENEVA, 6 April- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran penularan wabak denggi dan penyakit lain yang disebabkan oleh arbovirus bawaan nyamuk.

Ia merebak lebih pantas terutamanya ketika perubahan iklim.

Pakar dan agensi WHO juga menjangkakan peningkatan jumlah penyakit chikungunya selain epidemik baharu zika.

Penyelaras Inisiatif Denggi dan Arbovirus WHO, Raman Velayudhan berkata, ketiga-tiganya disebabkan oleh arbovirus yang dibawa nyamuk Aedes aegypti.

Velayudhan dan Ketua Teknikal WHO Rojas Alvarez menekankan keperluan untuk tindakan segera, meningkatkan kawalan serta berwaspada bagi mengelak penyakit itu merebak.


(Foto hiasan)

Bilangan kes yang dilaporkan di 129 negara yang berisiko denggi meningkat dengan mendadak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata bilangan kes melonjak daripada kira-kira setengah juta pada tahun 2000 kepada kira-kira 5.2 juta pada 2019, iaitu yang terburuk direkodkan.

Katanya kes kekal tinggi semasa pandemik COVID-19.

"Chikungunya, yang sehingga kini telah dilaporkan di 115 negara sejak ia ditemui pada 1950, sedang mengalami lonjakan kes di benua Amerika, kata Rojas Alvarez kepada pemberita.

"Setakat tahun ini, kira-kira 135,000 kes telah dilaporkan di sana, berbanding 50,000 kes yang dilaporkan pada enam bulan pertama tahun 2022", katanya.-AFP

Media Baharu